BNM serbu syarikat BuluhMAS

Tuesday, November 11, 2008

BuluhMAS menggunakan konsep pengiklanan

Mulanya aku tak berapa pasti bagaimana konsep pengiklanan yang dijalankan oleh BuluhMAS ini. Sebab iklan yang aku nampak hanyalah iklan berkaitan BuluhMAS sahaja. Tetapi setelah aku kaji secara lebih mendalam, barulah aku faham akan konsepnya.

Ya, memang BuluhMAS ini mengiklankan syarikatnya sendiri iaitu BuluhMAS. Dan semua stiker yang diedarkan dan diberikan kepada ahlinya adalah stiker berkaitan BuluhMAS semata-mata. Tidak ada stiker untuk syarikat lain.

Mulanya aku ingatkan BuluhMAS ni macam iklan di belakang teksi. Iklan yang mempamerkan stiker pelbagai syarikat yang diuruskan oleh satu syarikat tertentu. Sesiapa sahaja boleh menjadi pengiklan dan sesiapa sahaja boleh menjadi pemilik kereta yang akan ditampal iklan tersebut.

Tapi nampaknya, cara BuluhMAS ini sedikit berbeza. Ia tidak mempamerkan iklan syarikat lain. Ia tidak mempamerkan iklan syarikat IKS yang menyertai BuluhMAS ini. Memang tidak ada di dalam stiker tersebut. Nampak macam ada yang tak kena dan pelik. Kata ajen pengiklanan, tetapi tak ada iklan kecuali iklan syarikat mereka sendiri.

Pada pandangan aku, cara BuluhMAS ini ada banyak kelebihannya. Ia mempamirkan nama syarikat BuluhMAS dimana untuk jangka masa panjangnya nama BuluhMAS ini akan sebaris dengan nama-nama syarikat besar seperti MAIDEN, JUSCO, GIANT dan sebagainya.

Itu lebih mudah untuk orang ramai mengingati dari setiap stiker memaparkan lain-lain nama syarikat. Orang susah nak ingat dan susah nak terkenal. Tetapi kalau semua iklan disatukan, ia akan lebih cepat diingati.

Cuba renungkan, jika anda terlihat nama JUSCO. Apa yang anda akan bayangkan? IKEA? Apa pula yang akan anda bayangkan? TRANSNASIONAL? CELCOM?

Dan, ini adalah pelan jangka masa panjang. Bila nama BuluhMAS telah terkenal orang akan tahu BuluhMAS itu adalah syarikat pemasaran barangan IKS Bumiputera. Ini kerana BuluhMAS akan membuka dan telah pun membuka BuluhMART yang memasarkan produk-produk IKS Bumiputera.

Jadia, orang tak perlu kenal 'kueh Tat Cik Timah'. Orang tak perlu kenal 'Jus Tembikai Halim'. Orang tak perlu kenal 'Kek Lapis Salda'. Dan tak perlu kita pamerkan iklan di stiker kereta yang memaparkan 'kueh Tat Cik Timah', 'Jus Tembikai Halim' atau ' Kek Lapis Salda'. Itu akan digelakkan orang pula. Dan anda selaku pemilik kereta, adakah anda akan menampal iklan tersebut? Sudah tentu tidak.

Jadi di sinilah matlamat BuluhMAS sebenarnya. Jika nama BuluhMAS itu telah setaraf dengan CELCOM. Anda tidak akan rasa malu untuk mempamerkan iklan tersebut. Dan anda juga tidak akan malu untuk mengaku bahawa anda ahli BuluhMAS.

Nampak tak strategi BuluhMAS ini untuk jangka masa panjang?

Dan syarikat-syarikat IKS tersebut tak perlu risau. Walaupun nama syarikatnya tidak ada dalam iklan tersebut, tetapi barangan mereka akan ada di setiap BuluhMART yang sedang bercambah. Jika anda ada produk sendiri. Contohnya anda pandai membuat almari dan syarikat IKEA bersedia memasarkan barangan anda. Adakah anda gembira? Atau anda lebih rela barangan anda diiklankan sahaja oleh IKEA tetapi tak perlu ada di dalam gudang IKEA?

Satu masa nanti, bila BuluhMAS sudah terkenal. Anda memang sangat-sangat mahukan barangan anda berada di BuluhMART. Tahukah anda, berapa banyak barangan Bumiputera yang berjaya memasuki pasaraya besar di Malaysia. Nak masuk ke 7 ELEVEN pun belum tentu. Nak tumpang jual Karipap kat kedai Mamak pun belum tentu dapat. Inilah keadaan yang perlu kita sedar sekarang ini.

Jadi, konsep macam ini memang aku sokong 100%. Bab lain, itu lain cerita. Ini aku cerita bab strategi pemasaran ini sahaja.

Dan jika konsep ini berjaya, maka buluhMAS bukan sahaja akan membuka BuluhMART. Malah ia akan membuka HYPER BULUHMAS. Ia akan menjadi sama gagah dengan TESCO dan GIANT.

Aku tengah tunggu keputusan Bank Negara Malaysia. Jika ia luluskan, jom join kumpulan aku. Kita bagi BOOOOOM pada BuluhMAS ini. Huh!

BuluhMas, Jazmeen, Noradz dan Eastana diserbu Bank Negara Malaysia

Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menyerbu empat buah syarikat skim cepat kaya melalui Internet yang mempunyai rangkaian beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah ratusan juta ringgit.

Serbuan tersebut dilakukan di beberapa lokasi di Lembah Klang setelah syarikat-syarikat terbabit disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit tanpa lesen dan membuat pelaburan haram di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

Mengikut maklumat daripada laman web, secara umumnya syarikat-syarikat tersebut menetapkan bayaran minimum RM1,000 sebagai deposit untuk pendeposit menyertai bidang perniagaan seperti pengiklanan, pelancongan dan perkhidmatan.

BNM dalam satu kenyataan di sini memberitahu, syarikat terlibat ialah Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd.

Baiklah, sekarang apa yang aku boleh katakan ialah keempat-empat syarikat yang diserbu oleh Bank Negara semalam semuanya syarikat Melayu. Benarkah mereka menjalankan perniagaan yang menyalahi undang-undang?

Berikut adalah satu ulasan yang aku tahu mengenai BuluhMas (yang lagi 3, aku kurang arif kerana tidak sampai ke pengetahuan aku).

Sebenarnya, janganlah kita cepat melatah.Walaupun aku bukannya Ahli Lembaga Pengarah dalam syarikat-syarikat di atas, tapi ini semua ini adalah satu mimpi yang telahpun menjadi kenyataan. Aku tidak kata BuluhMas, Jazmeen, Noradz dan Eastana penipu tetapi bagi sesetengah orang, mungkin ini adalah cara terbaik untuk mereka menyuarakan kepuasan hati masing-masing.

Bagi aku, ada pro dan kontranya di sini.Bila kita katakan aduan, komplen dan juga ketidakpuas-hati, ini semua berkaitan dengan wang. Bila kita katakan wang, secara tidak langsung ia melibatkan dua pihak iaitu peniaga/pesaing dan pembeli/pelabur dan sebagainya. Sekarang mari kita lihat dari sudut yang berbeza.

Dari sudut peniaga/pesaing.
Mungkin aduan/komplen ini datang dari pesaing yang tidak berpuas hati dengan pencapaian bagus mereka? Atau adakah ini permulaan cemerlang bagi semua syarikat Melayu di atas untuk berkembang tetapi “dicantas” peluangnya? Atau inikah sikap rakyat Malaysia yang sentiasa cemburu dengan kejayaan syarikat lain? Dari sudut pembeli/pelabur.

Buat masa ini, aku sendiri sudah melihat pembayaran yang dibuat oleh mereka, maksud aku BuluhMas. Rakan blogger kita pun sudah merasai pembayaran yang dibuat sebelum ini. Sila baca di blog Earncent di sini dan sini Ramai yang tidak puas hati kerana gaji bulana ataupun pembayaran lambat dilakukan. Aku fikirkan sangat logik kerana keahlian Buluhmas telah menjadi satu fenomena (sila baca di Utusan Online dan Kosmo). Kalau beginilah dahsyatnya sambutan yang diberikan dari rakyat Malaysia, aku sendiri fikir pekerja Buluhmas tidak menang tangan untuk memasukkan data promoternya ke dalam sistem. Iya, yang paling dekat dengan aku sekarang ini ialah BuluhMas kerana aku pernah lihat BuluhMas Mart di kawasan aku. Malah, pelakon ENOT itu pun memasarkan produk ENOT COOKIES`nya melalui BuluhMas (sila rujuk majalah hiburan Media edisi Ramadhan). Buat pengetahuan semua, aku baru sahaja mencari dan mendapatkan info mengenai BuluhMas ini sejak beberapa minggu lepas. Berikut adalah antara info yang agak menarik untuk dikongsi bersama.

BuluhMas juga baru sahaja menderma sebanyak RM100,000.00 kepada Tabung Rayuan Hari Pahlawan pada bulan Ogos lepas setelah diperkenankan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Konsep pengiklanan Buluhmas ini menarik kerana ia menjalankan sistem upah yang mana belum ada satu pun syarikat di Malaysia ini yang menjalankan konsep pengiklanan seperti ini. Sebagai seorang yang “opportunist”, aku tidak kisah jika mereka disiasat atas sebab yang munasabah. Wae`mah Anuar Ibrahim dan Tun Mahathir pun disiasat, inikan pula syarikat seperti di atas. Tetapi dalam masa yang sama, aku juga berharap agar semua syarikat Melayu di atas tidak disabitkan dengan mana-mana tuduhan yang tidak berasas. Harap mereka maju dan terus maju. Sebab jikalau tidak, sampai bila pun orang Melayu tidak kemana, asyik bertelagah sesama sendiri sedangkan bangsa lain sibuk mentertawakan kita.

** Biasalah penyakit orang kita, bila ada sesuatu yang baru dan “too good to be true”, mulalah mereka cemburu tidak tentu pasal. Inilah yang aku katakan pro dan kontra tadi.

Cuma cubalah fikirkan satu perkara lagi:Katakanlah selepas semua siasatan dilakukan, semua syarikat-syarikat di atas tidak mempunyai unsur-unsur penipuan seperti yang tertera di Utusan Malaysia + Kosmo, boleh engkau bayangkan apa pula yang akan terjadi? Satu fenomena?
Mari kita tunggu dan lihat hasil siasatannya nanti.

Monday, November 10, 2008

BuluhMAS Enterprise Sdn. Bhd.


BuluhMAS cipta konsep tersendiri tambah pendapatan


Buluhmas Disyaki Mengambil Deposit Tanpa Lesen

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menyerbu empat buah syarikat skim cepat kaya melalui Internet yang mempunyai rangkaian beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah ratusan juta ringgit.

Serbuan tersebut dilakukan di beberapa lokasi di Lembah Klang setelah syarikat-syarikat terbabit disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit tanpa lesen dan membuat pelaburan haram di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

Mengikut maklumat daripada laman web, secara umumnya syarikat-syarikat tersebut menetapkan bayaran minimum RM1,000 sebagai deposit untuk pendeposit menyertai bidang perniagaan seperti pengiklanan, pelancongan dan perkhidmatan.

BNM dalam satu kenyataan di sini memberitahu, syarikat terlibat ialah Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd.

Buluhmas yang beribu pejabat di Tanjung Karang, Selangor dalam laman webnya mendakwa ia memiliki 700,000 ahli sebagai pembayar deposit di seluruh negara.

Kaedah perniagaannya menggunakan promoter untuk mengiklankan aktiviti syarikat dengan menampal pelekat yang tertera logo syarikat atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pendeposit.

Sekitar pukul 9.30 malam ini, laman web Buluhmas masih boleh dilayari yang menunjukkan sejak April lalu ia telah menerima hampir 250,000 pengunjung.

Sementara itu, Jazmeen dalam laman webnya mendakwa dengan permulaan modal sebanyak RM1,000, pendeposit mampu mendapat pulangan 120 peratus dalam tempoh 12 bulan pertama dan jumlah itu terus bertambah pada tahun-tahun berikutnya.

BNM dalam kenyataannya menambah, tindakan ke atas keempat-empat syarikat itu diambil setelah Unit Penyiasatan Khas BNM menjalankan siasatan terhadap aktiviti syarikat berkenaan.
“Kesemua penganjur skim pelaburan itu akan ditahan selepas BNM merekodkan kenyataan mereka kerana disyaki mengambil deposit secara haram dan menjalankan aktiviti penggubahan wang haram,” jelas kenyataan itu.

Seorang jurucakap BNM ketika dihubungi memberitahu, jumlah sebenar ahli terlibat dan nilai deposit yang dikumpulkan oleh keempat-empat syarikat itu hanya akan diketahui apabila kes mereka dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh terdekat.

Aktiviti syarikat-syarikat itu disiasat mengikut Seksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang melarang mana-mana individu yang tidak mempunyai lesen daripada menerima dan mengambil deposit.

Katanya, jika sabit kesalahan pegawai dan pemilik syarikat-syarikat terlibat boleh didenda tidak melebihi RM10 juta atau dipenjara untuk tempoh 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
Syarikat-syarikat itu juga disiasat di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA 2001) yang melarang mana-mana individu daripada terlibat atau cuba untuk membabitkan diri atau bersubahat melakukan kegiatan penggubahan wang haram.

Jika disabitkan kesalahan, mereka yang didakwa boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Menurut kenyataan BNM, skim pelaburan yang dianjurkan oleh keempat-empat syarikat yang diserbu hari ini menyatakan kononnya ia berasaskan perdagangan mata wang, pasaran hadapan komoditi, pelaburan luar persisiran dan saham-saham lain.

Dakwaan itu, kata BNM, hanya rekaan semata-mata.
“Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan skim yang ditawarkan melalui Internet, panggilan telefon atau seminar yang dianjurkan oleh individu atau syarikat yang tidak dilesenkan oleh BNM,’’ jelas kenyataan itu.

Orang ramai boleh mengetahui senarai syarikat dan institusi berlesen yang menerima deposit dengan melawat laman web BNM di www.bnm.gov.my.