BNM serbu syarikat BuluhMAS

Tuesday, November 11, 2008

BuluhMas, Jazmeen, Noradz dan Eastana diserbu Bank Negara Malaysia

Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menyerbu empat buah syarikat skim cepat kaya melalui Internet yang mempunyai rangkaian beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah ratusan juta ringgit.

Serbuan tersebut dilakukan di beberapa lokasi di Lembah Klang setelah syarikat-syarikat terbabit disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit tanpa lesen dan membuat pelaburan haram di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

Mengikut maklumat daripada laman web, secara umumnya syarikat-syarikat tersebut menetapkan bayaran minimum RM1,000 sebagai deposit untuk pendeposit menyertai bidang perniagaan seperti pengiklanan, pelancongan dan perkhidmatan.

BNM dalam satu kenyataan di sini memberitahu, syarikat terlibat ialah Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd.

Baiklah, sekarang apa yang aku boleh katakan ialah keempat-empat syarikat yang diserbu oleh Bank Negara semalam semuanya syarikat Melayu. Benarkah mereka menjalankan perniagaan yang menyalahi undang-undang?

Berikut adalah satu ulasan yang aku tahu mengenai BuluhMas (yang lagi 3, aku kurang arif kerana tidak sampai ke pengetahuan aku).

Sebenarnya, janganlah kita cepat melatah.Walaupun aku bukannya Ahli Lembaga Pengarah dalam syarikat-syarikat di atas, tapi ini semua ini adalah satu mimpi yang telahpun menjadi kenyataan. Aku tidak kata BuluhMas, Jazmeen, Noradz dan Eastana penipu tetapi bagi sesetengah orang, mungkin ini adalah cara terbaik untuk mereka menyuarakan kepuasan hati masing-masing.

Bagi aku, ada pro dan kontranya di sini.Bila kita katakan aduan, komplen dan juga ketidakpuas-hati, ini semua berkaitan dengan wang. Bila kita katakan wang, secara tidak langsung ia melibatkan dua pihak iaitu peniaga/pesaing dan pembeli/pelabur dan sebagainya. Sekarang mari kita lihat dari sudut yang berbeza.

Dari sudut peniaga/pesaing.
Mungkin aduan/komplen ini datang dari pesaing yang tidak berpuas hati dengan pencapaian bagus mereka? Atau adakah ini permulaan cemerlang bagi semua syarikat Melayu di atas untuk berkembang tetapi “dicantas” peluangnya? Atau inikah sikap rakyat Malaysia yang sentiasa cemburu dengan kejayaan syarikat lain? Dari sudut pembeli/pelabur.

Buat masa ini, aku sendiri sudah melihat pembayaran yang dibuat oleh mereka, maksud aku BuluhMas. Rakan blogger kita pun sudah merasai pembayaran yang dibuat sebelum ini. Sila baca di blog Earncent di sini dan sini Ramai yang tidak puas hati kerana gaji bulana ataupun pembayaran lambat dilakukan. Aku fikirkan sangat logik kerana keahlian Buluhmas telah menjadi satu fenomena (sila baca di Utusan Online dan Kosmo). Kalau beginilah dahsyatnya sambutan yang diberikan dari rakyat Malaysia, aku sendiri fikir pekerja Buluhmas tidak menang tangan untuk memasukkan data promoternya ke dalam sistem. Iya, yang paling dekat dengan aku sekarang ini ialah BuluhMas kerana aku pernah lihat BuluhMas Mart di kawasan aku. Malah, pelakon ENOT itu pun memasarkan produk ENOT COOKIES`nya melalui BuluhMas (sila rujuk majalah hiburan Media edisi Ramadhan). Buat pengetahuan semua, aku baru sahaja mencari dan mendapatkan info mengenai BuluhMas ini sejak beberapa minggu lepas. Berikut adalah antara info yang agak menarik untuk dikongsi bersama.

BuluhMas juga baru sahaja menderma sebanyak RM100,000.00 kepada Tabung Rayuan Hari Pahlawan pada bulan Ogos lepas setelah diperkenankan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Konsep pengiklanan Buluhmas ini menarik kerana ia menjalankan sistem upah yang mana belum ada satu pun syarikat di Malaysia ini yang menjalankan konsep pengiklanan seperti ini. Sebagai seorang yang “opportunist”, aku tidak kisah jika mereka disiasat atas sebab yang munasabah. Wae`mah Anuar Ibrahim dan Tun Mahathir pun disiasat, inikan pula syarikat seperti di atas. Tetapi dalam masa yang sama, aku juga berharap agar semua syarikat Melayu di atas tidak disabitkan dengan mana-mana tuduhan yang tidak berasas. Harap mereka maju dan terus maju. Sebab jikalau tidak, sampai bila pun orang Melayu tidak kemana, asyik bertelagah sesama sendiri sedangkan bangsa lain sibuk mentertawakan kita.

** Biasalah penyakit orang kita, bila ada sesuatu yang baru dan “too good to be true”, mulalah mereka cemburu tidak tentu pasal. Inilah yang aku katakan pro dan kontra tadi.

Cuma cubalah fikirkan satu perkara lagi:Katakanlah selepas semua siasatan dilakukan, semua syarikat-syarikat di atas tidak mempunyai unsur-unsur penipuan seperti yang tertera di Utusan Malaysia + Kosmo, boleh engkau bayangkan apa pula yang akan terjadi? Satu fenomena?
Mari kita tunggu dan lihat hasil siasatannya nanti.

No comments: