BNM serbu syarikat BuluhMAS

Monday, October 6, 2008

BuluhMAS Buluh Emas, nak join ke tak nak?

Aku tak join lagi sebenarnya. Pada tarikh aku tulis ni. Tapi niat tu dah ada dah.

Kisahnya bermula, bila lepas terawih. Kawan aku bagitau dia sekarang buat BuluhMAS Buluh Emas. Dia tanya pendapat aku, macamana okey ke tak? Dia memang selalu tanya aku, sebab biasanya aku yang akan dapat maklumat dulu.

Ya, memang aku dah tau tentang BuluhMAS Buluh Emas ni lama dulu. Tapi aku cuma pandang sebelah mata je. Dia dah join, dan 2-3 kawan aku lain pun dah join. Jadi aku pun mengambil inisiatif untuk mengkaji BuluhMAS Buluh Emas ni. Okey ke tak. Dari maklumat yang aku dapat dari internet ni nampak macam okey je. Nak join pun cuma RM15.00 je. Apa ada hal...

Cuma yang aku kurang berkenan, hal pencen seumur hidup tu. Masalah besar bagi aku tu. Kalau dapat pulangan RM1.00 setiap bulan selama setahun. Dan kemudian kita kena RENEW semula akaun, baru dapat semula pencen RM1.00 tu. Itu barulah aku setuju. Tapi bila dapat sampai bila-bila ni yang masalah.

Apa-apa pun aku tak pergi tengok ceramah dia lagi. Aku pun tak jadi ahli lagi. Entah macamana dia nak bagi pencen tu seumur hidup. Itu aku kena dengar ceramah dia dan kaji sendiri kat pejabat dia. Huhu.

Alkisah tadi tu, kawan aku lah yang menyebabkan aku berminat untuk join BuluhMAS Buluh Emas ni. Dalam minggu ni aku nak suruh dia aturkan satu pertemuan untuk terangkan BuluhMAS Buluh Emas ni kepada aku.

Aku dah pun siapkan WEBSITE POWER BuluhMAS Buluh Emas ni. Huhu. Dan wordpress ni sekadar untuk info kajian aku je. 

Bermula dari hari ini, korang boleh baca maklumat dalam ni. Dari aku tak masuh BuluhMAS Buluh Emas, sampai aku jadi ahli BuluhMAS Buluh Emas. Dan seterusnya sampai aku jemput korang jadi downline BuluhMAS Buluh Emas group aku. Dan seterusnya sampai aku berjaya dapat ribu-ribu dalam BuluhMAS Buluh Emas ni. Ribu-ribu pun dah cukuplah..

Dan sampailah wordpress ni tak terupdate lagi.. Itu tandanya aku tak berjaya dalam perniagaan BuluhMAS Buluh Emas ni lah tu...

Buluhmas di Tanjung Karang

Alamak! Satu lagi masalah aku. Jauh tu Tanjung Karang dengan KL ni. Aku biasa join perniagaan online ni yang dekat sekitar KL je. Jauh-jauh pun kat Subang, Shah Alam. Kira masih boleh lah nak risik-risik kat sana. Ni BuluhMAS ada kat Tanjung Karang pulak daaa...

Tapi tak pe, dia ada cawangan terdekat kat Kg. Pandan. BuluhMAS Kg. Pandan. Aku akan letupkan BuluhMAS Kg.Pandan lepas ni. Huhu.

Aku kena selidik dan join seminar dia 2-3 kali dulu bagi memastikan aku mendapat info yang secukupnya. Barulah aku boleh join sungguh2 dan aku boleh bagi penerangan kat orang lain dengan terperinci. Aku pernah ke Muar, Johor semata-mata nak tengok lokasi syarikat salah satu yang perniagaan yang pernah aku join sebelum ini. Bila aku dan puas hati, barulah aku berani sebarkan kat orang lain. Kalau tak, aku tak mahu orang lain mendapat risiko yang sia-sia.

Tetapi maklumlah, aku pun insan biasa, Aku semak dan aku teliti mengikut pengalaman dan ilmu yang aku ada je. Mungkin betul dan mungkin salah. Bila aku selidik dan aku rasa ia betul, barulah aku join. Dan barulah aku berani nak ajak orang lain join sama. 

Kalau risikonya terlalu tinggi dan pulangannya belum tentu, aku mungkin akan join sendiri je. Dan cuba usaha sendiri boleh ke aku berjaya. Kalau dah berjaya barulah aku berani nak berkongsi dengan orang lain. Bunyi nampak pelik, tapi itulah aku. Huhu.


BuluhMAS atau Buluh Emas?

Aku dah terima email berkaitan buluhmas ni dah lama. Dan aku tak baca pun email berkaitan dengan sistem perniagaan ini. Aku rasa macam tak menarik dan sebenarnya aku ada terima puluhan ribu email lagi berkaitan dengan perniagaan terbaru di Malaysia. Maklumlah aku pernah menggegarkan dunia internet ini satu masa dulu. Jadi ramai yang memang ada email aku dan no phone aku. 

Buluhmas atau buluh emas? Memula aku baca 'buluhmas' bunyinya macam tak menarik. Buluh? Kenapa buluh? Emas, kira okeylah. Tapi dia tak guna 'emas' dia guna singkatan sahaja mas. Jadilah 'buluhmas'.

Buluhmas, namanya ringkas dan nampak unik. Memang nampak macam mudah dan senang nak diingat. Cuma bagi aku, kat internet ni kalau kita pakai nama yang unik-unit ni google susah nak jumpa. Buluhmas dan Buluh Emas. Google biasanya akan cari maklumat tersebut kalau orang tu turus taip 'buluhmas'. Tetapi kebanyakkan orang tak berapa tahu nama sebenar buluhmas. Mereka dengar buluh dan emas, atau buluh dan mas. Jadi dalam carian mereka, mereka akan tertaip 'buluh' dan 'emas' dan 'mas' dengan dijarakkannya.

Masalah akan timbul di sini, dan memang benar. Itulah yang berlaku pada diri aku. Aku gagal menjumpai maklumat yang aku cari sehinggalah aku jumpa ejaan sebenar 'buluhmas'. Aku pakai taip buluh je. Huhu.

Sambung lain kali.