BNM serbu syarikat BuluhMAS

Monday, October 6, 2008

BuluhMAS atau Buluh Emas?

Aku dah terima email berkaitan buluhmas ni dah lama. Dan aku tak baca pun email berkaitan dengan sistem perniagaan ini. Aku rasa macam tak menarik dan sebenarnya aku ada terima puluhan ribu email lagi berkaitan dengan perniagaan terbaru di Malaysia. Maklumlah aku pernah menggegarkan dunia internet ini satu masa dulu. Jadi ramai yang memang ada email aku dan no phone aku. 

Buluhmas atau buluh emas? Memula aku baca 'buluhmas' bunyinya macam tak menarik. Buluh? Kenapa buluh? Emas, kira okeylah. Tapi dia tak guna 'emas' dia guna singkatan sahaja mas. Jadilah 'buluhmas'.

Buluhmas, namanya ringkas dan nampak unik. Memang nampak macam mudah dan senang nak diingat. Cuma bagi aku, kat internet ni kalau kita pakai nama yang unik-unit ni google susah nak jumpa. Buluhmas dan Buluh Emas. Google biasanya akan cari maklumat tersebut kalau orang tu turus taip 'buluhmas'. Tetapi kebanyakkan orang tak berapa tahu nama sebenar buluhmas. Mereka dengar buluh dan emas, atau buluh dan mas. Jadi dalam carian mereka, mereka akan tertaip 'buluh' dan 'emas' dan 'mas' dengan dijarakkannya.

Masalah akan timbul di sini, dan memang benar. Itulah yang berlaku pada diri aku. Aku gagal menjumpai maklumat yang aku cari sehinggalah aku jumpa ejaan sebenar 'buluhmas'. Aku pakai taip buluh je. Huhu.

Sambung lain kali.

No comments: