BNM serbu syarikat BuluhMAS

Monday, October 6, 2008

Buluhmas di Tanjung Karang

Alamak! Satu lagi masalah aku. Jauh tu Tanjung Karang dengan KL ni. Aku biasa join perniagaan online ni yang dekat sekitar KL je. Jauh-jauh pun kat Subang, Shah Alam. Kira masih boleh lah nak risik-risik kat sana. Ni BuluhMAS ada kat Tanjung Karang pulak daaa...

Tapi tak pe, dia ada cawangan terdekat kat Kg. Pandan. BuluhMAS Kg. Pandan. Aku akan letupkan BuluhMAS Kg.Pandan lepas ni. Huhu.

Aku kena selidik dan join seminar dia 2-3 kali dulu bagi memastikan aku mendapat info yang secukupnya. Barulah aku boleh join sungguh2 dan aku boleh bagi penerangan kat orang lain dengan terperinci. Aku pernah ke Muar, Johor semata-mata nak tengok lokasi syarikat salah satu yang perniagaan yang pernah aku join sebelum ini. Bila aku dan puas hati, barulah aku berani sebarkan kat orang lain. Kalau tak, aku tak mahu orang lain mendapat risiko yang sia-sia.

Tetapi maklumlah, aku pun insan biasa, Aku semak dan aku teliti mengikut pengalaman dan ilmu yang aku ada je. Mungkin betul dan mungkin salah. Bila aku selidik dan aku rasa ia betul, barulah aku join. Dan barulah aku berani nak ajak orang lain join sama. 

Kalau risikonya terlalu tinggi dan pulangannya belum tentu, aku mungkin akan join sendiri je. Dan cuba usaha sendiri boleh ke aku berjaya. Kalau dah berjaya barulah aku berani nak berkongsi dengan orang lain. Bunyi nampak pelik, tapi itulah aku. Huhu.


No comments: